Kolej Vokasional Beaufort, SABAH
https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm
Makluman: |
---|
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
melalui Guru Kelas di SMK.
*Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.
TARIKH AKHIR: 20 DISEMBER 2017
Syarat Umum
Calon adalah Warganegara Malaysia;
• Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM; • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3); • Calon sihat tubuh badan ;
• Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali ;
• Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA ;
• Calon bebas daripada masalah mental ; dan
• Calon berminat dengan program dipohon.
Syarat Khusus
Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
• Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).
|