Thursday, January 9, 2020

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019

Tawaran ini adalah terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat dalam skim perkhidmatan pendidikan yang mana ketua perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).

1. SYARAT UMUM
(i) Pegawai hendaklah mempunyai iltizam, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan perwatakan/ sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya, berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan; dan
(ii) Belum memulakan pengajian di mana-mana Universiti Awam di dalam atau luar negara.

2. SYARAT KHUSUS
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tidak melebihi 50 tahun bagi peringkat Sarjana pada 1 Januari 2019;
(iii) Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya Januari 2016) pada tarikh tutup permohonan;
(iv) Berkhidmat secara tetap dan telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
(v) Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini berturutturut (2016, 2017 dan 2018). Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya tuan/puan belum menerima markah LNPT tahun 2018, sila guna LNPT 2015, 2016 dan 2017.
(vi) Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan penajaan/Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar. Contoh:- Tempoh Cuti Belajar Yang Pernah Diluluskan: 20.09.2012 hingga 31.08.2014 (LNPT adalah 2016, 2015 dan 2011)
(vii) Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut: Peringkat Pengajian Kelulusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setaraf Tempoh Minimum Pengalaman Bekerja sehingga Januari 2019 Sarjana 2.00-2.49 10 tahun 2.50-2.99 5 tahun 3.00 dan ke atas 3 tahun PhD Lulus Peringkat Sarjana 3 tahun
(viii) Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan
(ix) Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan (Jika calon didapati sedang atau telah mempunyai kelayakan Ijazah Lanjutan, KPM berhak membatal atau menarik balik tawaran/kelulusan tanpa sebarang notis);
(x) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
(xi) Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS;
(xii) Tidak tersenarai dalam senarai hitam KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain;
(xiii) Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
(xiv) Satu Kertas Cadangan Penyelidikan (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk pengajian Dalam Negara dan Bahasa Inggeris bagi pengajian Luar Negara) dan slaid pembentangan perlu disediakan untuk dikemukakan kepada BT dan dibawa semasa sesi temuduga (sekiranya terpilih);
(xv) Tempat pengajian adalah di Universiti Awam Dalam Negara (peringkat Sarjana dan Kedoktoran) atau Luar Negara (peringkat Kedoktoran sahaja)
(xvi) Bagi pengajian peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) dan Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja. Bagi peringkat Kedoktoran, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja;
(xvii) Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 6 semester (maksimum) dan peringkat Sarjana adalah 4 semester (maksimum) tertakluk kepada mod pengajian dan tempoh pengajian yang ditetapkan oleh universiti;
(xviii) Kemasukan ke universiti adalah untuk pengajian semester 1 sesi 2019/2020 atau yang mana-mana sesi kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian;
(xix) Pegawai adalah bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di Lampiran A;
(xx) Pegawai yang sedang dalam penajaan/Cuti Belajar Kementerian atau mana-mana penaja lain tidak layak memohon;
(xxi) Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek yang terdahulu (dengan kemudahan Penajaan/CutiBelajar) seperti berikut: Tempoh Kursus Tempoh Layak Memohon Lebih daripada 12 bulan Selepas genap 2 Tahun Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan Selepas genap 1 Tahun Kurang daripada 3 bulan Tiada
(xxii) Kementerian berhak membuat pindaan terhadap syarat-syarat permohonan, program yang ditawarkan, senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan; dan
(xxiii) Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam tempoh permohonan ini dibuka.

Assalamualaikum W.B.T

Lama tak bersiaran di sini. Alhamdulilah dam masuk tahun 2020. Allah masih memberi kesihatan untuk berada di bumi ini. Semoga tahun ini lagi dimurahkan rezeki, di berikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan untuk menghabiskan belajar ini. Ameennn.......

Sunday, January 21, 2018

Short Weekend, Polumpung Melangkap camp site, Kota Belud

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulilah selesai aktiviti bercamping segala di Melangkap, Kota belud camp site hujung minggu 20 n 21 Jan 2018. tempat yg menarik dan best untuk buat aktiviti. lagi2 yg suka mandi dan bercamping tuuu..... Ada view gunung kinabalu lagi..... lepas habis, boleh ke tamu di pekan kota belud utk melihat2..........


 sebelum balik, kita bergambar dahulu.....

 Tapak perkhemahan......


 Sebelum ke kem site, singgah makan nasi lemak dulu di simpang sebelum masuk malangkap...

Air dia, OMG.... Sejuk betul dan sangat segar....

Tuesday, January 9, 2018

Short Vacation Lumut-PD-Melaka-Johor-KL Dis 2017

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia gitewwwww.... 
Alhamdulilah baru sempat nak hupdate blog masa bercuti2 malaysia akhir tahun 2017 aritu. Tempoh seminggu untuk meluangkan masa bersama family tercapai juga...... bujang2 ni dengan family lah kita meluangkan masa cuti2 mcmni.....


 Lumut Waterfront.....

 Pantai Area Port Dickson.......

 Pantai Klebang, Melaka...... 


 Johor Premium Outlet........

 Sekitar Pasar Karat, JB

Danga Bay....

Wednesday, November 8, 2017

Permohonan Ke Kolej Vokasional 2018


Kolej Vokasional Beaufort, SABAH


https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm

Makluman:
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 
melalui Guru Kelas di SMK. 
*Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.

TARIKH AKHIR: 20 DISEMBER 2017

 
Syarat Umum

Calon adalah Warganegara Malaysia; 

• Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM; • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3); • Calon sihat tubuh badan ; 
• Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali ; 
• Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA ; 
• Calon bebas daripada masalah mental ; dan 
• Calon berminat dengan program dipohon.


Syarat Khusus

 Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan 
• Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

Thursday, November 2, 2017

Pentaksiran Akhir Bertulis dan Amali 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera uolsssss, bermulalah Pentaksiran Akhir Amali dan Bertulis sekarang ni, Teknologi Automotif. Semoga berjaya dan lulus bagi semua pelajar yang menduduki peperiksaan akhir semester.


 Peperiksaan Dijalankan Di Dewan Kolej

Pelajar menjalani pentaksiran akhir amali di bengkel automotif.

Sunday, September 10, 2017

School Camp Team Buiding Automotif di Damai Eco Rench,Ranau Sabah

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia... Alhamdulilah pada minggu lepas telah berlangsung Kem Team Building di Damai Eco Rench, Ranau SABAH melibatkan pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Automotif KVB. Seramai 19 orang pelajar dan 7 orang Guru terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Kesuntukan masa utk mohon itu ini, tapi kami berjaya juga.... syukurrr.....
 Disebabkan bas kolej rosak, So kami terpaksa sewa bas luar untuk pergi dan balik....

 Ni haaaa Chalet untuk Guru.... 2 orang sebilik... berbaloi dan selesa

 Ape ntah nama game ni, syukurlah tak masuk dlm air jatuh...... 
 Game ni perlukan tumpuan dan kerjasama dari ahli kumpulan, xboleh bersuara hokayyy.... isyarat jak

 Yang ni best ok, kalau sorang kena tali tu haaaa, kena buat balik semua... kerjasama dan arahan yg jelas boleh digunakan masa ni. Merempuh halangan......

 Game ni Spider Wrap, xboleh kena tali dan guna lubang yg sama, kreativiti ahli kumpulan utk atur perancangan dan saiz.......

 Sesi makan beramai2....

 Aktiviti senaman pagi utk panaskan badan, ingat nak senamrobik.... tp sbb semua student lelaki.... malu lah nak buat

 Ice Breaking..... Pecahkan dan luahkan apa yg terbuku...... semua bersemangat memberi idea dan sesi pembentangan utk pertahankan logo/bendera kumpulan masing2

Malam akhir, biasalah.... berbbq...... sambil2 karaoke sambil main gitar di dalam dan luar....Santaiiiiiii

Monday, September 4, 2017

Bandung Trip Ogos 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolssssss..... baheklah, entry kali ni tentang liburan di Bandung pada bulan ogos yang lepas. Alhamdulilah cuaca baik sepanjang 4 hari berada di sana. Misi kali ini ke bandung adalah untuk melawat kawasan2 baru dan paling pentingggggg.... Shoppinggggg dan tempah baju...... 

 Sekitar Kawah Putih......

 Pening kepala klu stay lama2 di sini sbb bau dia kuat sangat hokeyhhhh.....



 Ni kawasan ape ntahhhh.... ada perahu besar dan view yg sangat cantik.....

 Sempat jugaklah kitorunk ke tempat proses Kopi Luwak dan beli kopi luwak.....

 Floating Market di Bandung... memang sesuai klu nak bergambar... panas ya amat, terikkkk


 Perfume sini mmg awesome lah.... bau dia mmg tahan utk satu hari yaaaaaa......

Hotel yg kitorunk stay utk 3 malam. selesa dan ada makan pagi ok......