Wednesday, November 8, 2017

Permohonan Ke Kolej Vokasional 2018


Kolej Vokasional Beaufort, SABAH


https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm

Makluman:
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 
melalui Guru Kelas di SMK. 
*Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.

TARIKH AKHIR: 20 DISEMBER 2017

 
Syarat Umum

Calon adalah Warganegara Malaysia; 

• Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM; • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3); • Calon sihat tubuh badan ; 
• Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali ; 
• Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA ; 
• Calon bebas daripada masalah mental ; dan 
• Calon berminat dengan program dipohon.


Syarat Khusus

 Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan 
• Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

Thursday, November 2, 2017

Pentaksiran Akhir Bertulis dan Amali 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera uolsssss, bermulalah Pentaksiran Akhir Amali dan Bertulis sekarang ni, Teknologi Automotif. Semoga berjaya dan lulus bagi semua pelajar yang menduduki peperiksaan akhir semester.


 Peperiksaan Dijalankan Di Dewan Kolej

Pelajar menjalani pentaksiran akhir amali di bengkel automotif.